Apakah Qanun dan Hudud? |
DALAM fiqh Islam, istilah Qanun (kanun) atau syariah ialah perundangan Islam atau perundangan syarak termasuk di bawah perundangan 'Undang-Undang Jenayah Syariah' atau 'Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah' - undang-undang syarak bersabit dengan kesalahan yang dilakukan seseorang yang boleh didakwa di bawah kes jenayah syariah.
Ia membabitkan perbuatan atau perilaku jahat yang dilakukan seseorang
untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan
seseorang yang lain dengan sengaja.
Jenayah mengikut takrifan fuqaha adalah khusus pada kesalahan membabitkan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib dikenakan hukuman qisas atau diyat.

Bagi kesalahan yang membabitkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya
adalah termasuk dalam jenayah yang umum, yang semua kesalahan wajib
dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta'zir.
Mengikut peruntukan hukum syarak yang disebutkan di dalam Quran dan hadis yang dikuatkuasakan dalam undang-undang jenayah syariah, penjenayah didakwa apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat, atau ta'zir. Hukuman itu adalah tertakluk kepada kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah berkenaan.
Hukuman hudud adalah hukuman yang ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Quran dan hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh diubah suai dan dipinda. Hukuman hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun. Mereka yang melanggar aturan hukum Allah yang sudah ditentukan dan ditetapkan Allah dan Rasul-Nya yang disebutkan di dalam Quran dan hadis adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Firman Allah SWT, "Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah
maka mereka itulah orang-orang yang zalim." – (Al-Baqarah: 229)
Kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:

Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau
menderhaka kepada Ulil Amri yang menjalankan syariat Islam dan hukum
Allah.
(Sumber Qanun Jinayah Syariyah dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran dan Hadis oleh Bekas Mufti Sabah, Haji Said Ibrahim). Sumber : MindaSuper.com DR. Danial |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar